Tuesday, 1 November 2011

Tinggi dan gempal

Jalur menegak dan menyerong memberi ilusi langsing kepada si pemakai.

Kesan warna pada si pemakai : Warna gelap memberi ilusi langsing berbanding warna cerah

Corak kecil menampakkan seseorang itu lebih langsing.

Rendah dan langsing

Corak Besar

Warna Cerah


Jalur melintang + Jalur menegak

Jalur menegak dan Skirt kembang

Tinggi dan langsing.

Corak melintang

Berwarna Cerah

 Bercorak besar





Pemilihan pakaian mengikut bentuk badan.

Memilih warna baju dan corak yang sesuai dengan badan akan menampilkan perubahan dengan penuh gaya dan personaliti yang menarik. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri individu. Oleh itu, pemilihan warna dan corak baju yang sesuai sangat penting terutamanya bagi wanita yang berkerjaya.

Badan gempal dan rendah

Badan begini sesuai dengan baju berwarna gelap, corak garis menegak atau corak bunga kecil. Elakkan dari memakai skirt labuh yang kembang kerana akan menampakkan lebih rendah dan gempal.





Badan gempal dan tinggi

Individu seperti ini lebih sesuai dengan baju yang berwarna gelap juga serta corak bunga yang kecil. Corak bunga yang besar akan menampakkan lagi kegempalan individu  tersebut.






Badan kurus dan rendah

Orang seperti ini sesuai dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Bagi memperlihatkan dirinya. Corak garis menegak sesuai dipadankan supaya nampak lebih tinggi. Jika ditambah dengan kasut bertumit tinggi dapat membantu menambah ketinggian serta kedewasaan.






Badan kurus dan tinggi

 Penampilan baju yang sesuai ialah warna yang cerah dan corak melintang serta bunga baju yang besar supaya mengurangkan dia dilihat terlalu kurus. Corak yang melintang dan besar dapat memperlihat  bahawa individu tersebut lebih gempal.